Wednesday, 16 November 2011

Inilah satu-satunya babi yang hidup di bumi Pakistan

Percaya ataupun tidak, inilah satu-satunya babi yang ada di bumi Afganistan. Babi tersebut sehingga kini masih berada di Zoo Kabul, Afganistan.

Zoo Kabul yang telah dibina 1967 sangat terkenal pada tahun 1972 kerana mengenengahkan konsep fauna negara Afganistan. Pada tahun 1972, Zoo Kabul menempatkan lebih dari 500 jenis haiwan dan menerima kunjungan lebih dari 150,000 pelancong setiap tahun.

Oleh kerana perang saudara yang berlaku di Afganistan yang menyebabkan zoo tersebut mengalami kerosakan teruk, kini zoo ini hanya menempatkan sebanyak 280 spesis haiwan yang terdiri dari 45 spesis burung, 36 spesis ikan dan sebahagian lainnya adalah dari jenis mamalia. Diantara mamalia tersebut ialah dua ekor singa dan satu-satunya babi yang berada di bumi Afganistan.

Kebanyakan haiwan-haiwan ini didermakan oleh negara China.

No comments:

Post a Comment