Monday, 21 November 2011

Budak 19 tahun berjaya menangkap buaya gergasi

FLORIDA - Masih jelas di ingatan, beberapa minggu lalu, warga di Filipina menangkap buaya raksasa sepanjang 6.4 meter dengan berat 1075 kilogram. Kini khabar mengejutkan datang pula dari benua Amerika di Florida, seorang mahasiswa berusia 19 tahun, Tim Stroh berjaya menangkap buaya 3.7 meter dengan berat 362.8 kg.

Ketika itu, Tim memang sedang menikmati kegiatan rutinnya iaitu memburu buaya bersama ayah dan ibunya, Steven dan Rachel, serta keluarga teman ayahnya iaitu Rusty Griffenberg.

Meskipun buaya tersebut seberat lima kali lebih berat dari dirinya namun Tim berjaya mengheret buaya raksasa itu ke darat.

"Saya tidak hanya mengheretnya menggunakan seluruh tenaga di tangan saya tetapi saya juga sampai menggunakan seluruh kekuatan kaki. Buaya ini sangat berat namun pengalaman ini sangat menyeronokkan saya. Kerana saya berjaya," kata Tim penuh bangga sebagaimana dilaporkan The Sun.

Remaja lelaki dengan ketinggian 1.9 meter dan seberat 72.5 kilogram ini tidak pernah menyangka bahawa dirinya akan menangkap seekor buaya yang tercatat paling besar yang pernah ditemukan di Florida.

"Ini adalah buaya terbesar pernah saya lihat sejak saya mulai berburu pada tahun 1989. Setelah diperiksa, menurut profesor di Loxahatchee mengatakan bahawa buaya ini adalah buaya terbesar yang pernah ditangkap," kata Steven.

Ayah Tim merancang untuk mengawetkan kepala dari buaya gergasi tersebut, kerana kepala buaya ini cukup besar iaitu berukuran 28 inci x 14 inci. Sedangkan bahagian-bahagian tubuh buaya yang dagingnya boleh dimakan akan menjadi tanggungjawab ibu Tim untuk memasaknya. Namun Tim sebagai penangkap buaya ini berhasrat membebaskan kembali buaya raksasa tersebut.

No comments:

Post a Comment