Saturday, 12 November 2011

Bayi terselamat dari dikuburkan hidup-hidup, mahu dikebumikan tiba-tiba ia menangis

Seorang bayi perempuan yang sudah disahkan meninggal dunia terselamat dari dikuburkan hidup-hidup apabila hendak dikebumikankan ia tiba-tiba menangis dengan kuat. Secara spontan mereka yang ada di sekitarnya panik. Polis mengatakan, bayi itu sudah dinyatakan meninggal dunia oleh para doktor, tidak lama setelah dilahirkan.

Si ibu yang baru berusia 14 tahun melahirkan bayinya secara pramatur atau hanya selama tujuh bulan, pada hari Selasa 2 Ogos waktu tempatan, di hospital Santa Casa bandar Araxa, Brazil.

Setelah dinyatakan tidak bernyawa, jenazah kecil itu pun dihantar ke rumah mayat. Ketika penggalian sedang dilakukan, bayi itu menangis.

Seperti petik Associated Press, Khamis (4/8/2011), bayi itu dikejarkan kehospital untuk mendapatkan rawatan.

“Bayi itu meninggal dunia akibat kegagalan pelbagai organ yang disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah,” kata Joao Paulo Vicente, jurucakap Hospital das Clinicas, bercakap melalui telefon.

No comments:

Post a Comment