Wednesday 2 November 2011

Akhirnya lelaki ini berjaya sambungkan jigsaw puzzle setelah 10 tahun

SHEPTON MALLET, Britain - Seorang pesara yang berumur 86 tahun, Jack Harris menghabiskan masa hampir lapan tahun untuk menyiapkan satu susun suai gambar lukisan yang berukuran 1.52 meter panjang di rumahnya di sini.

Setelah pesara itu menganggap semua 1,500 kepingan gambar sudah disusun, dia kemudiannya berdiri untuk mengagumi kejayaannya.
Namun, semasa berdiri itu, dia mendapati kemungkinan seekor anjing telah memakan sekeping gambar terakhir yang sepatutnya diletakkan di satu ruang kosong pada susun suai gambar berkenaan.

Seorang menantu perempuan pesara itu, Eve Harris berkata, bapa mentuanya berasa amat sedih kerana dia tidak dapat melengkapkan gambar susun suai itu.
"Dia (bapa mentuanya) berasa amat kecewa setelah mendapati sekeping gambar telah hilang," katanya.

Keluarga Haris percaya kepingan gambar terakhir itu mungkin tercampak secara tidak sengaja.

Menantu perempuannya itu memberikan kepingan susun suai gambar itu sebagai hadiah Hari Krismas pada 2002.
Pesara itu yang merupakan bekas ahli perniagaan diberikan pelbagai jenis kepingan susun suai pada setiap tahun dan dia akan menyelesaikan susunan gambar berkenaan pada musim panas.

Namun, kata Harris, susun suai lukisan cat pada abad ke-19 itu terpaksa diselesaikan selama tujuh setengah tahun kerana ia berbeza dengan susun suai gambar yang pernah dilakukannya sebelum ini.

No comments:

Post a Comment