Sunday 28 August 2011

Terlalu Menderita, Ayah Minta 2 Anaknya Dibunuh


Seorang ayah di India tidak sanggup lagi melihat penderitaan anak kembar siamnya yang bercantum di bahagian kepala. Dia telah memohon dermawan untuk menyumbangkan dana bagi pembedahan untuk memisahkan kepala anaknya tersebut. Namun begitu jika tidak, dia lebih memilih anak-anak kesayangannya itu dibunuh saja.
114075 saba dan farah dua gadis kembar siam di india  300 225 Terlalu Derita, Ayah Minta 2 Anaknya Dibunuh
Saba dan Farah, dua gadis kembar siam di India.
Dua gadis kembar malang tersebut yang berusia 15 tahun, Saba dan Farah Shakeel, bercantum di bahagian tengkorak kepalanya sejak lahir. Lebih teruk lagi, penderitaan mereka ditambah oleh sakit kepala kronik yang tidak kunjung reda.
Ayah mereka, Mohammed Shakel, mengatakan bahawa kedua-dua orang puterinya itu teringin menikmati hidup seperti orang lain. Namun jika sakitnya sudah muncul, mereka akan menangis dan meminta tolong. 
Tapi apakan daya, kerana Mohammed yang hanya seorang pemilik kedai teh tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Mohammed berharap semoga ada dermawan yang baik hati membiayai pembedahan kedua-dua puterinya itu. Jika tidak ada, Mohammed mengatakan tidak ada jalan lain selain membiarkan mereka mati, baik mati dengan sendirinya atau disuntik.
“Kami hanya minta kerajaan membantu kami atau biarkanlah gadis-gadis kecilku ini mati, kerana mereka dalam keadaan yang sangat menyedihkan,” ujar Mohammed. keadaan kembar siam ini pada awalnya tidak menimbulkan sebarang masalah. Namun setelah Saba dan Farah meningkat dewasa, mereka menderita sakit kepala, sakit sendi dan sukar untuk bertutur.
114073 saba dan farah dua gadis kembar siam di india  Terlalu Derita, Ayah Minta 2 Anaknya Dibunuh

No comments:

Post a Comment