Sunday 28 August 2011

Menakjubkan, Surat Cinta Sampai Selepas 53 Tahun


download1 Surat Cinta Sampai Selepas 53 Tahun
Surat cinta untuk seorang bekas pelajar di Amerika Syarikat daripada kekasih yang sempat menjadi isterinya tiba-tiba baru diterima oleh bekas pelajar tersebut 53 tahun kemudian. Surat cinta itu telah ditulis pada 1958.
Surat tersebut baru sahaja muncul di peti surat sebuah universiti di Pennsylvania pada 8 Julai lalu. Surat itu telah dialamatkan kepada Clark C. Moore yang sudah pun menukarkan namanya kepada Muhammad Siddeeq. Akibat pertukaran nama tersebut, Siddeeq telah sukar dikesan kewujudannya.
Namun, seorang teman Siddeeq telah melihat satu laporan televisyen mengenai surat tersebut dan telah menghubungi piahk universiti tersebut. Siddeeq, 74 tahun, mengaku teringin untuk membaca surat tersebut, meskipun sudah bercerai dengan kekasih yang pernah menjadi isterinya itu.
Surat itu muncul secara misteri di Universiti Pennsylvania di California. Ditujukan kepada Moore, surat yang mengandungi 2 halaman itu bercop pos 20 Februari 1958 dan bertanda “Selamanya cintakan Vonnie”.
Siddeeq, yang merupakan seorang pesara guru dan menetap di Indianapolis, mengaku terkejut ketika dihubungi pihak universiti. “Di Amerika, ada sistem jika sesuatu untuk anda dan mereka menemuinya, benda itu akan diberikan kepada anda. Itu sangat bagus,” ujar Siddeeq kepada stesen televisyen WTAE.
Menurut Siddeeq, dia dan kekasihnya pada masa itu sering mengutuskan surat ketika mereka masih lagi belajar. Mereka akhirnya berkahwin dan mempunyai 4 anak. Namun, mereka akhirnya bercerai.
Jurucakap universiti, Christine Kindle, mengatakan surat itu kini dalam perjalanan menuju alamat Siddeeq.

No comments:

Post a Comment