Sunday 28 August 2011

Pasangan Kekasih Tiduri 5,500 Orang


Sarah Moore dan Geoff Daniels bukanlah seorang pelacur. Mereka merupakan pasangan kekasih yang saling mencintai dan kebetulannya mereka bekerja sebagai wakil pengganti kepada mereka yang memiliki masalah seksual.
Menurut The Sun, sebagai pasangan pengganti, Sarah dan Geoff bertugas membantu pasangan orang lain mengatasi masalah seksual di tempat tidur, termasuk mengatasi masalah gugup ketika ‘malam pertama’.
Klien mereka umumnya adalah pasangan yang sudah berkahwin. Iaitu isteri atau suami orang lain. Tidak hanya melayan pelanggan yang di sekitar London akan tetapi mereka juga melayan sejumlah pelanggan yang terdiri daripada pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Prancis, dan Australia.
Selama 19 tahun menceburi bidang ini, Sarah telah bersama dengan 3.323 lelaki dan 52 di antaranya adalah yang masih teruna. Manakala Geoff pula telah meniduri 2.162 wanita dan manakala 49 di antaranya masih lagi perawan.
Mereka berdua telah menawarkan beberapa latihan untuk memperbaiki kehidupan seks untuk beberapa pasangan yang bermasalah. Mereka menggabungkan kaunseling dengan beberapa latihan seksual secara praktikal.
“Kami bangga dengan pekerjaan kami dan kami tidak pernah rasa buruk setelah tidur dengan suami atau isteri atau pasangan yang lain. Kami diupah untuk membantu mereka, bukan mencari kenikmatan,” kata Sarah.
Mereka menolak apabila disama kan dengan pelacur. “Kami tidak sekadar mencari kenikmatan seksual, tapi klien kami datang membawa diagnosis doktor kerana mengalami masalah seksual,” ujar Sarah. “Dan, sebelum kami melakukan persetubuhan, kami telah melakukan penjelasan panjang dan nasihat berhubung dengan permasalahan mereka.”
Meski belum lagi berkahwin, Sarah dan Geoff sudah hidup bersama selama 20 tahun. Mereka telah bertemu semasa sama-sama belajar kaunseling di sebuah Universiti di New York. Perjalanan hidup membuat mereka memutuskan untuk memilih bidang yang berkaitan dengan seksual.

No comments:

Post a Comment