Monday 29 August 2011

2 Wanita Dirempuh Van Dan Digilis Kenderaan Lain


IPOH: Malang tidak berbau menimpa dua wanita apabila maut dirempuh sebuah van ketika keluar daripada kereta dinaiki mereka yang terbabit kemalangan di Kilometer 202.2, Lebuh raya Utara-Selatan, dekat Kerian, awal pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah malam itu, Noorzaihan Ishak, 28, dan adik iparnya, Nurhasyimah Halim, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas dirempuh sebuah van menyebabkan kedua-dua mereka tercampak ke tengah jalan sebelum digilis beberapa kenderaan lain.

Lebih tragik, pemandu kereta Proton Satria dinaiki kedua-dua mangsa yang juga suami kepada Noorzaihan turut menyaksikan isteri dan adik perempuannya maut di depan mata.


Kejadian berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari Sungai Dua, Pulau Pinang menuju Batu Caves, Selangor untuk pulang menyambut Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata kedua-dua wanita berkenaan terbunuh di tempat kejadian sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Parit Buntar (HPB) untuk dibedah siasat.


“Suami kepada Noorzaihan yang belum diperoleh identitinya terselamat dan berjaya berlari ke tepi lebuh raya dengan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

No comments:

Post a Comment