Wednesday 31 August 2011

3 Pelajar Berjaya Mencipta Kereta Ferrari Masa Hadapan Yang Canggih



MARANELLO - Tiga pelajar Korea Selatan, memenangi peluang sekali seumur hidup untuk membantu mereka bentuk kereta mewah Ferrari. 

Pelajar dari Universiti Hongik di Seoul itu, mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Rekaan Ferrari Dunia 2011, selepas berjaya dalam menyahut cabaran pengeluar kereta hebat itu untuk membayangkan bagaimana reka bentuk Ferrari pada masa hadapan. 

Rekaan digelar Eternity itu, adalah cetusan idea hebat Kim Cheong Ju, Ahn Dre dan Lee Sahngseok. 

Sebanyak 400 penyertaan oleh pelajar daripada 50 sekolah reka cipta dan universiti di seluruh dunia berentap dalam pertandingan itu. 

No comments:

Post a Comment