Ya, ia bukan guraun, tetapi benar-benar berlaku. Selamat datang di dunia hardcore peminat bola sepak Amerika Selatan.
Dari Laporan Colombia: Rakan-rakannya telah mengambil mayatnya dari rumah mayat dan diarak ke stadium sebagai usaha mereka untuk memberi penghormatan kepada seorang peminat bola sepak yang dibunuh.
Pegawai perubatan pasukan bola sepak, Julio Rivera, berkata kepada wartawan, "Mereka bukan membawa masuk seorang peminat fanatik, tetapi mayat. Inilah satu-satunya bahagian di muka bumi ini dimana hal seperti ini boleh berlaku."
Kolonel Alvaro Pico, seorang anggota polis tempatan berkata bahawa kematian
Perbuatan ini telah menimbulkan kontroversi di Cucuta dan pegawai stadium akan mengadakan mesyuarat untuk mengetahui siapakah yang membenarkan mayat ini masuk ke dalam stadium, dan hukuman yang akan dikenakan.
Kolonel Pico berkata mereka telah mengenalpasti beberapa orang yang mengambil mayat ini dari rumah mayat.
No comments:
Post a Comment