Sebuah kampung yang dinamakan Juzcar di Sepanyol telah diwarnakan biru sempena promosi dan pelancaran filem The Smurfs 3D pada 16 Jun 2011 yang dibuat oleh Sony Pictures. Penduduk di situ hanya 250 orang dan merasa seronok kerana tempat tue dah jadi tumpuan pelancong sempena tayangan perdana filem tersebut.
12 perkerja bertungkus lumus menggunakan 4200 liter cat untuk menukarkan kampung yang asalnya berwarna putih kepada dunia fantasi Smurf. Walaupun Sony berjanji akan menukarkan kampung terbabit kepada warna asal, penduduk setempat mula memikirkan untuk terus kekal dalam warna biru kerana mengharapkan Juzcar akan kekal menjadi tumpuan pelancong.
Jom kita tengok kampung tue yang dah bertukar ke warna biru. Adeiii kenapa tak dipilih kampung Budak Botak, he3...
No comments:
Post a Comment