Saturday, 6 August 2011

Gambar Dan Video Buang Bayi Dari Atas Bangunan

Kisah misteri dunia ini berlaku di India di mana kes buang bayi dilakukan dari dari atas bangunan tinggi ke arah kain yg direntang tegang di bawah. Tujuannya : memberi kesihatan yang baik dan tuah sepanjang kehidupan bayi itu. Nak lihat gambar seterusnya?

Ritual ini sudah lama dipraktikan, sudah hampir 500 tahun. Ia masih dipraktikan oleh masyarakat Hindu dan Muslim di sebuah kampung pedalaman yg sangat terpencil  terletak di Maharashtra. Sudah tentu anda tidak pernah mendengar nama kampung ini. Apatah lagi saya sendiri.  Kes buang bayi seperti ini sangat bahaya. Nyawa bayi sangat terancam dan terletak diatas tangan si pembaling yg hanya selamba membalingnya kebawah.
Ikuti sedutan video di bawah.
Tidak dapat dipastikan sama ada kepercayaan ini betul-betul berhasil atau tidak. Tiada bukti yang dapat menjelaskan perkara ini. Kes buang bayi seperti ini tidak sepatutnya terjadi lagi pada zaman kini. Tetapi, Mengapakah kes ritual pelik diluar logik pemikiran masyarakat ini masih di teruskan?
Saya berpendapat, oleh kerana  kedudukan kampung ini yang sangat terpencil maka taraf pendidikan mereka adalah sangat kurang. Oleh itu mereka yang masih meneruskan praktis ini tidak tahu menilai perbuatan mereka ini. Bukan praktis pelik  ini sahaja yang masih diteruskan di India. Malah bermacam macam ritual yang pelik pelik belaka masih diamalkan bukan sahaja di India ini, tapi juga di tempat lain.
Ibubapa bayi tersebut seolah-olah sudah hilang  perasaan masing-masing, sanggup meletak risiko tinggi keatas nasib anak mereka ini. Tidak kesiankah mereka kepada anak-anak mereka itu sendiri? Kemana perginya nilai kemanusiaan kemuliaan hati masyarakat ini?
P/s : Pelik dan benar. Kerana ia terjadi. Misteri Dunia pada hari ini.

No comments:

Post a Comment