Sunday, 7 August 2011

Di Argentina Hanya Wanita Dibenar Pandu Bas


Sebuah bandar berhampiran ibu kota Buenos Aires, Argentina yang berwaspada dengan hentian brek mengejut dan selekoh tajam yang sering dilakukan pemandu lelaki, mengambil wanita secara eksklusif untuk membawa penumpang.


“Dengan wanita memandu, rangkaian bas berorientasi keluarga, lebih mesra,” kata Rafaela Nuyl, 34, seorang daripada pemandu baru yang diambil untuk perkhidmatan di Vicente Lopez. 

 

Rangkaian bas di bandar dengan 270,000 penduduk itu, akan berhenti di sekolah rendah, pusat penjagaan orang tua dan sebuah hospital bersalin, kata pihak berkuasa.

Mereka menekankan pentingnya pemandu berhati-hati membawa penumpang tua atau kanak-kanak.  


No comments:

Post a Comment