Sunday, 22 January 2012

[Video] Hebat, Zahid Terjun Helikopter Tanpa Guna Alat Keselamatan


Sejauh mana anda berani buktikan kecekalan & keberanian diri untuk menyertai keluarga Era FM?

Buat Zahid AF atau pemilik nama Ahmad Zahid bin Baharudin ini, ia bermakna menyahut satu cabaran untuk terjun tinggi dari sebuah helikopter.

Tune Talk melontarkan idea untuk menyambut kedatangan Zahid ke dalam keluarga Era FMdan salah satu cabaran yang perlu Zahid lakukan adalah terjun dari sebuah helikopter tanpa sebarang alat keselamatan (payung terjun).

Video yang di’rakamkan oleh krew Era FM ini merakamkan detik detik Zahid AF menyahut salah satu dari lima cabaran yang perlu beliau lalui hasil idea penaja, Tune Talk.

Untuk anda yang belum tahu, Zahid kini bertugas sebagai penyampai radio di konti Era FM berpasangan dengan Adi Fashla untuk slot Petang ERA dari jam 4.00 petang ke 8.00 malam setiap hari. Video Zahid terjun selepas ini.




Berani sungguh Zahid bukan? #LOL. Jangan lupa dengarkan Zahid & Adi Fashla setiap petang di Era FM dan LIKE Facebook rasmi Era FM sekarang untuk info terkini tentang penyampai kegemaran anda.

No comments:

Post a Comment