Monday 16 January 2012

Suka Lelaki Muda Yang Seksi, Lebih Dengar Kata! – Rozita Che Wan

Kita selalu mendengar pendapat yang mengatakan kononnya lelaki muda lambat matang dari segi fikiran dan juga tanggungjawab.

Lebih ketara lagi jika si wanita berusia 30-an dan pasangan lelakinya masih di usia 20-an.

Bila lelaki lambat matang, mereka tidak mempunyai matlamat, hanya fikirkan keseronokan dan sangat kurang mahu bertanggungjawab.

Menurut pakar psikologi, lelaki agak lambat dari segi kematangannya untuk mengambil tanggungjawab.

Keseronokan sering kali diletakkan yang utama hingga membelakangkan amanah dan tanggungjawab. Malah dia jarang sekali atau tidak fikir soal dosa pahala, baik buruk, penghargaan terhadap pengorbanan orang yang paling hampir dalam hidupnya.

Itu menurut kajianlah, bukan penulis yang kata.

Tetapi itu semua bukanlah menjadi hal buat pelakon yang menjadi kegilaan ramai ini, Rozita Che Wan.

Rozita nampaknya cukup konsisten dengan kenyataannya dari dulu hinggalah sekarang – suka lelaki muda!

“Memang saya suka berkawan dengan lelaki muda. Golongan ni lebih mudah mendengar kata dan lebih senang untuk didekati. Kalau dengan lelaki berusia dah tentu saya yang kena ikut kehendak mereka,” kata Rozita dalam Pancaindera.

Wow!

Makan hatilah lelaki tua dengan statement Rozita tu.

Apapun rasanya betul juga apa yang dikatakannya.

Tak salah kot kalau seseorang wanita seperti Rozita memilih suami yang lebih muda darinya.

Jika kita melihat sirah Nabi Muhammad SAW, ramai yang mengetahui bahawa baginda telah mengahwini isteri pertamanya iaitu Khadijah r.a. sewaktu umur baginda 25 tahun, manakala umur Khadijah r.a. adalah 40 tahun.

Cuma harapnya janganlah Rozita ‘cakap tak serupa bikin’

Takut last-last lelaki tua dan yang dah jadi laki orang juga dipilihnya….tapi kalau dah jodoh nak buat macam manakan? Klise tak? – mynewshub

No comments:

Post a Comment