Monday 23 January 2012

“Memang benar itu gambar saya" - Bekas Isteri Hattan

Umumnya sudah mengetahui,kebahagiaan yang dikecapi diatas perkahwinan pasangan ini, Hattan dan Farah Othman hanya mampu dinikmati selama 63 hari sahaja.Mereka melangsungkan perkahwinan pada 11 November 2011 dan bercerai pada tarikh 12 Januari 2012 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Selang beberapa hari selepas penceraian ini timbul spekulasi,yang mengatakan penceraian mereka berpunca daripada gambar peribadi Farah Othman bersama seorang lelaki yang tidak dikenali.Namun Farah Othman menjelaskan bahawa gambar yang tersebar di internet itu bukan penyebab penceraian yang berlaku.


Impak daripada ini Farah Othman tampil memberi kenyataan kepada media
“Memang benar itu gambar saya. Tapi bukan sebab gambar tu saya bercerai dengan Hattan. Saya tahu ramai yang percaya dan sudah tiba masanya untuk saya menjelaskan perkara yang sebenar.
“Itu gambar peribadi saya yang diambil lebih kurang lima tahun lalu. Kenapa setelah saya kahwin ada orang nak sebarkan gambar tu?
“Saya ada maruah dan keluarga. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh. Orang tak tahu apa yang terjadi. Orang dengar dan orang percaya bulat-bulat.
“Lagi satu saya bukan artis! Saya hanya orang biasa dan tak sepatutnya mereka siarkan gambar berkenaan. Itu cukup mengaibkan saya,” kata Farah, ibu tunggal kepada dua orang anak.

Menurut Farah, walaupun dia redha dengan apa yang berlaku namun dia tetap sedih dengan perceraian itu.
“Saya sangat sedih dengan perceraian kami tetapi saya optimis dengan perjalanan hidup. Saya nak orang tahu yang saya tak menyesal berkahwin dengan Hattan.
“Biarpun banyak dugaan yang datang saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Cuma saya kesal bila ada yang menjaja cerita kami bercerai talak tiga di awal perkahwinan dulu.
“Itu memang satu berita yang tak benar dan sangat mengaibkan.
Farah juga mengatakan gambar yang tersebar itu adalah berpunca daripada individu yang mengodam email miliknya sebelum ini
“Apabila penggodam ini menceroboh e-mel, menyebar gambar saya dan melakukan penganiayaan siber, reputasi saya sebagai usahawan terjejas. Kalau dengan pelanggan luar negara tidak ada masalah tetapi kalau dengan pelanggan dalam negara macam mana? Saya perlu bersihkan nama saya yang tercalar,” ujarnya yang telah mendapat nasihat peguam dan akan mengambil tindakan.
Menganggap perkara penggodaman e-mel dan blog serta penyebaran gambarnya sebagai sesuatu yang sangat serius, tindakan akan dibuat sekembalinya Farah dari Hong Kong kelak.
“Saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Sekembalinya saya nanti, saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya,” kata Farah tegas.
kredit to en.nakal

No comments:

Post a Comment