Thursday, 19 January 2012

Lelaki pengsan kena buli digosok kemaluan ke mukanya


KETIKA sesetengah orang bimbang keadaan mangsa, seorang lelaki menggosok kemaluannya ke muka mangsa.
KETIKA sesetengah orang bimbang keadaan mangsa, seorang lelaki menggosok kemaluannya ke muka mangsa.
ANTARA tindakan dibuat penyokong Universiti Alabama ialah mencucuk hidung mangsa yang pengsan di meja makan.
ANTARA tindakan dibuat penyokong Universiti Alabama ialah mencucuk hidung mangsa yang pengsan di meja makan.


NEW ORLEANS: Seorang peminat bola sepak Amerika menjadi mangsa serangan seksual penyokong pasukan lawan ketika dia pengsan di sebuah restoran makanan segera, lapor media semalam.

Insiden selepas perlawanan itu menunjukkan remaja lelaki terbabit yang terkulai di meja makan dikerumuni sekumpulan penuntut Universiti Alabama.

Kejadian berlaku di restoran Krystal di New Orleans pada 9 Januari lalu dan dirakam menggunakan kamera telefon bimbit.

Ia menjadi perhatian selepas rakaman berkenaan dimuat naik penuntut Universiti Alabama di YouTube, tetapi dipadamkan tidak lama kemudian.


Melalui rakaman itu, seorang pemuda dilihat bertenggek di atas badan mangsa sebelum menggosok kemaluannya ke muka penuntut Universiti Louisiana State (LSU) terbabit.

Laporan mendakwa, kejadian itu berlaku selepas perlawanan bola sepak Amerika di antara dua kolej dan Universiti Alabama mengalahkan LSU 21-0.

Rakaman sepanjang lima minit itu turut menunjukkan sekumpulan remaja berpakaian Universiti Alabama bersorak sambil melukis kartun di muka mangsa.

Sebahagian daripada mereka turut merakam kejadian itu dengan telefon bimbit masing-masing.

Pada satu ketika, terdengar suara seseorang berkata: “Matilah dia.” Kejadian itu berlanjutan apabila penyokong Universiti Alabama itu mencucuk hidung mangsa.

Ketika itu, seorang pemuda terdengar berkata: “Alamak! Saya tak nampak dia bergerak!” sebelum seseorang mencadangkan supaya rakannya “mencurah air” untuk menyedarkan mangsa.

Pemuda yang dibuli itu dilihat terangkat sedikit tetapi mukanya masih tersembam di atas meja dan tidak sedarkan diri.

Ketika itulah seorang pemuda memakai topi besbol mengeluarkan kemaluannya dan memanjat badan mangsa sebelum menggosoknya ke mula lelaki terbabit.

Identiti lelaki yang melakukan serangan itu tidak didedahkan dan tiada pengesahan dia adalah penuntut universiti.

Seorang daripada penuntut dalam klip video itu dikenal pasti sebagai anak Pengarah Sukan stesen televisyen WKRG berusia 22 tahun - DM

No comments:

Post a Comment