Tuesday 24 January 2012

Kemesraan Rozita Che Wan Dan Ryzal Jaafar




Pelakon Ryzal Jaafar, 28, telah menyambut harijadinya baru-baru ini. Ryzal yang mengakui dirinya lebih tenteram apabila kes kontroversi yang mendakwa dirinya seorang lelaki homoseksual sebelum ini semakin reda walaupun terpaksa mengambil keputusan berpindah rumah gara-gara diburu individu yang mahu menutup periuk nasinya. Apa yang menarik perhatian kami kali ini adalah kehadiran Rozita Che Wan di majlis ulang tahun Ryzal Jaafar di sebuah kelab di Kuala Lumpur.

Khabarnya tema majlis itu berkonsepkan ‘K-Pop’. Kak ita begitu seksi sekali malam itu. Maklumlah jarang nampak dia bergaya begitu. Di sebabkan K-Pop punya pasal terpaksa bergaya begitu kot. Tengoklah gambar-gambar kemesraan Kak ita dengan Ryzal Jaafar.


Wah! Romantik. Harap jangan lepas ni dengar cerita mereka bercinta pulak. Manatau Ryzal Jaafar lak jatuh hati dengannya. Kang berebut pula dengan Shahir. Memang dulu kak Ita mengaku bercinta dengan Sahir. Tetapi setelah terputus dia tidak mahu terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya. Kemudian cerita ke Genting bersama adik kepada Shasha Elite iaitu Zain pula. Ramainya nak dekat dengan Kak Ita kan?


Lihatlah gaya Kak Ita ni. Gaya K-Pop gitu! Ye lah, Kak Ita ni kan cantik orangnya. Dengan lemah-lembutnya.Lagi lagi berpakaian begini, ramai je jatuh hati. Benda lain sampai tolak tepi. Tidak begitu? Tapi tak pernah dia digossipkan dengan datuk-datuk ke kan. Ye la, asyik dengan orang muda je. Mungkin adik angkat agaknya! Apapun Selamat Ulangtahun ke 29.

No comments:

Post a Comment