Saturday, 21 January 2012

Katy Perry kucup pipi dan gosok dada lelaki Indonesia


KATY ketika mengadakan persembahan di Jakarta.
KATY ketika mengadakan persembahan di Jakarta.


JAKARTA: Katy Perry menggemparkan penonton konsertnya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sentul semalam apabila dia mengucup seorang lelaki yang ditarik ke atas pentas.

Konsert berkenaan adalah yang pertama sejak Katy berpisah dengan suaminya Russell Brand.

Katy turut bergurau dengan menggosok dada lelaki itu.

Penyanyi itu kemudian mengucup pipi penonton lelaki itu ketika mereka bergaya untuk diambil gambar menggunakan telefon bimbitnya.


Katy membuat persembahan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sentul dalam siri persembahan “California Dream” di Asia. - TS

No comments:

Post a Comment