Sunday 22 January 2012

Biar betul, lelaki terjaga selepas 19 tahun tidur


Satu keajaiban buat Terry Wallis setelah dia tiba-tibah terjaga dari ‘tidur’ yang panjang selama 19 tahun. Kecederaan parah di otaknya akibat kemalangan kereta membuatkan hidupnya di bawah penjagaan selama hampir dua dekad.

Otaknya mula sembuh secara perlahan serta membina sambungan baru pada 2003. Lelaki yang sebelum ini dikatakan tidak lagi mempunyai harapan untuk hidup itu terbangun pada usianya 42 tahun. Beberapa ahli perubatan telah menganggap kejadian ini sebagai satu keajaiban dalam dunia perubatan.

‘Otak Terry mungkin telah mencari laluan baru untuk membina semula sambungan fungsi ke bahagian-bahagian yang melibatkan bahasa dan kawalan motor yang telah rosak akibat kecederaan,’ kata Nicholas Schiff, penulis senior kajian tentang kerosakan otak yang terbit dalam Journal of Clinical Investigation seperti dimuat abcnews .

Walaupun secara teknikal dia telah sedar, Wallis sempat didiagnosis menderita amnesia teruk. Dia merasakan dirinya berada seeolah-olah pada tahun terjadinya kemalangan tersebut pada 1980-an. Dia juga kehilangan kemampuan bercakap, makan serta berjalan.

‘x-tray telah menunjukkan bahawa sel-sel otak di kawasan yang tidak rosak teruk telah sembuh secara perlahan-lahan dan saling berhubung selama bertahun-tahun,’ kata Schiff, yang juga pengarah Makmal Cognitive Neuromodulation Weill Cornell Medical College, New York.

Wallis yag berusia 22 ketika itu telah luka parah dalam suatu kemalangan kereta. Setelah koma, doktor telah mengandaikan bahawa dia akan menghabiskan sisa hidupnya hanya di tempat tidur. Wallis kemudiannya dipindahkan ke sebuah pusat jagaan.

Ibunya terus menemani Wallis semasa dia berada dalam keadaan koman. Semua orang telah terkejut apabila Wallis memanggil ‘Ibu’ selepas dua dekad terbaring. Keadaan yang jarang berlaku ini dinilai sebagai babak baru dalam kajian terhadap kesedaran pada masa depan. Kisah Wallis dibuat dalam sebuah dokumentari bertajuk ‘The Man Who Sleep 19 Years’.

No comments:

Post a Comment