Sunday, 22 January 2012

Aktres Indonesia Nafi Tayang dan Ramas Buah Dada



Model dan aktres kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani menafikan bahawa dia sengaja tampil seksi dalam sebuah rancangan terbitan stesen Trans TV, “Kakek-Kakek Narsis” (KKN).

Dipetik daripada Kapan Lagi, Nikita telah ditegur oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) menerusi surat yang dikeluarkan pada 9 Januari lalu mengatakan bahawa dia telah mendedahkan payudaranya dengan membuat aksi kurang sopan.

Petikan surat itu mengatakan, “Pada 26 Disember 2011, jam 11.39 malam WIB, seorang model telah mengeksploitasi tubuh bahagian dada dengan menggoyang-goyangkannya secara vulgar. Selain itu juga, program tersebut turut mendedahkan bahagian paha.”

Oleh itu, KPI beranggapan tindakan ibu anak satu ini telah melanggar Pedoman Perilaku Penyiaran Fasal 8 dan Standard Program Siaran Fasal 9 dan 17a.

Walaubagaimanapun teguran itu ditangani biasa oleh Nikita yang menafikan bahawa tindakannya itu disengajakan.
“Saya tidak berniat untuk membuat sedemikian. Saya memakai baju yang disediakan oleh pihak mereka. Saya bekerja untuk mencari duit, oleh itu saya ikutkan sahaja,” ujar Nikita.

No comments:

Post a Comment