Tuesday, 24 January 2012

Aktor kacak Lee Dong Wook sanggup berbogel demi rating





Peminat setia pelakon kacak dari Korea Selatan, Lee Dong Wook atau Dong Wook, 30 pastinya amat teruja sekali menyaksikan lakonan beliau menerusi Scent Of Woman yang mana dia semakin berani melakukan babak panas dan mengghairahkan.

Apatah lagi, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan lakonan aktor berkenaan, agak jarang untuk melihat Dook Wook beraksi tanpa baju dalam dramanya sebelum ini seperti My Girl dan juga Partner.

Mungkin jua, penghijrahan telah berlaku dalam diri Dong Wook kerana menerusi drama yang mengandingkan dia bersama Kim Sun-A ini, Dong Wook tampak berani menayangkan badannya itu.
Selain itu, pelakon yang namanya mula dikenali menerusi drama My Girl bersama Lee Da Hae turut dilihat lebih berani melakukan adegan ranjang serta cium yang banyak kelihatan dalam Scent Of Woman yang sedang rancak disiarkan di Astro One HD (saluran 393).

Menjawab persoalan berkenaan aksi bercium, separuh bogel dan atas ranjang, Dong Wook yang ditemui ketika kunjungannya ke ibu negara sempena mempromosikan drama berkenaan baru-baru ini nyata sudah bersedia dengan jawapan.

“Saya merasakan, babak cium yang banyak dipamerkan dalam drama ini sewajarnya memang perlu dibuat.

Lagi gambar…

Semuanya untuk menunjukkan betapa cinta watak yang saya pegang itu kepada perempuan berkenaan. Ia simbolik kepada cinta sejati dari seorang lelaki kepada wanita.

“Tentang aksi separuh bogel itu, terus-terang saya sedikit merasakan kurang selesa dan tertekan. Lebih-lebih lagi ketika babak saya sedang mandi. Walaupun saya tidak berbaju, saya perlu meluahkan rasa dan emosi yang berlainan kerana waktu itu saya sedang jatuh cinta dan sedikit tertekan dengan wanita berkenaan.
“Kebetulan pula, ketika menjalankan penggambaran drama berkenaan sedang musim panas. Sebab itulah saya kerap tidak berbaju kerana mahu mengelakkan dari badan saya berbelak-belak kerana terbakar, ” katanya.

Dalam pada itu, Dong Wook tidak menafikan keberanian dia menayangkan badan itu adalah untuk meraih rating tinggi untuk drama berkenaan.

“Antara sebab lain saya berani melakukan adengan itu adalah kerana rating. Menerusi drama mahu pun filem, salah satu sebab rating naik apabila pelakon hero itu berani menunjukkan badannya yang seksi. Sebab itulah saya yakin untuk membuka baju untuk mendapatkan rating,” ujarnya.

Sementara itu, Dong Wook turut mengakui, babak berbasikal bersama Kim Sun-A antara babak yang banyak dipertikaikannya.

“Sebelum saya melakukan babak cium sambil berbasikal, saya selalu bertanyakan kepada pengarah adakah babak ini perlu dilakukan. Yelah, saya risau takut kemalangan berlaku. Kami melakukan babak itu banyak kali dan akhirnya kami berjaya mengambilnya dengan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
“Terus-terang, watak yang pernah saya pegang selama ini bukanlah diri saya sebenar. Apatah lagi dipermulaan cerita drama Scent Of Woman, saya sebenarnya jenis yang tidak suka memberitahu orang lain tentang karaktor sebenar saya.

“Sehingga kini,saya hanya menyerlahkan watak yang saya pegang dan sebolehnya saya tidak akan menjadi diri saya dalam mana-mana drama atau pun filem lakonan saya,” jelasnya.
Kredit tanpa prejudis untuk murai.com.my

No comments:

Post a Comment