Siti Hamdah berkata, dia dapat bercakap dengan anak sulungnya itu pada malam raya lalu yang menyatakan berada dalam keadaan sihat.
Katanya, walaupun sambutan Aidilfitri sepi tanpa Mohd Nazaruddin, namun itu sudah menggembirakan hatinya.
“Saya gembira dengan perkembangan terbaru walaupun penculik memberi amaran akan menyembelih anak sebulan lalu.
“Tetapi, hingga kini dia masih hidup dan menunggu kami menyelamatkannya dengan memberi wang tebusan kepada penculik,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, dia turut bercakap dengan penculik yang tetap mahukan ‘harga’ lama dan menyuruhnya mengumpul wang tebusan.
Pada 15 Mei lalu, akhbar melaporkan kumpulan penculik menuntut wang tebusan 80 juta Peso (RM5.6 juta) bagi membebaskan Mohd Nazarudin yang disampaikan kepada isterinya menerusi ‘orang tengah’ yang juga ejen cicak gecko di negara ini.
Mohd Nazarudin dilaporkan berlepas ke Pulau Jolo pada 27 April lalu bersama lelaki warga Filipina yang juga ejen cicak gecko atas urusan perniagaan reptilia itu sebelum ditahan kumpulan lanun terbabit pada 8 Mei lalu. Selepas rundingan dilakukan keluarga mangsa 1 Julai lalu, wakil kumpulan penculik memberi kata dua kepada ibu Nazarudin supaya menyerahkan wang tebusan RM60,000 dalam tempoh seminggu atau pintu rundingan akan ditutup.
No comments:
Post a Comment