BRUSSEL - Seorang lelaki Belgium yang sedang mengubah suai rumah yang baru saja dibelinya menjumpai wang sebesar EUR255 ribu atau sekitar RM1.1 juta!.
Ferhat Kaya,33 tahun membeli bangunan tersebut yang merupakan bekas tapak bank Dexia dengan harga EUR153 ribu tetapi dia diminta membayar bayaran tambahan sebanyak RM12 ribu untuk memindahkan peti besi yang ada di bangunan tersebut.
Tetapi lelaki itu menolak dan akhirnya meminta teman-temannya Murat dan Hurun Taufan untuk membantunya mengangkat peti besi tersebut.
"Ketika peti besi tersebut terbuka kami menemukan beberapa karung wang yang berisi pecahan 20 dan 50 euro. Di karung wang itu juga terdapat nota bertarikh 31 Disember 2010," ujar Murat Taufan.
Selepas itu, mereka pun melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis, padahal mereka boleh menyimpan wang tersebut kerana sudah hampir satu dekad wang tersebut tidak pernah dicari.
"Saya dan teman saya berfikir kami harus jujur mengenai hal ini. Imigran juga harus mengakui bahawa kejujuran merupakan tindakan yang terbaik",katanya.
Sementara itu pihak Bank Dexia mengatakan bahawa saat ini penyiasatan sedang dilakukan kerana mereka hingga saat ini masih belum mempunyai laporan yang mereka kehilangan wang.
"Kami masih belum memastikan apa yang terjadi. Ini mungkin disebabkan kesalahan manusia. Tapi memang siasatan menjadi sukar kerana wang ini berasal dari tahun 2010." beritahu jurucakap bank,Ulrike Pommée.
"Kami akan melanjutkan siasatan dan akan mempertimbangkan apakah akan memberikan mereka imbuhan kerana telah menyerahkan wang tersebut kepada pihak polis,".
No comments:
Post a Comment