Thursday, 29 September 2011

Hotel pelik seperti sarang arnab

Sebahagian dari anda mungkin tidak asing lagi mendengar nama Hobbit jika sudah menyaksikan film The Lord of The Rings. Dalam filem tersebut, sosok Hobbit digambarkan sejenis makhluk seperti manusia namun bertubuh munggil. Para Hobbit tinggal di rumah unik yang dibangun di bawah tanah. Terinspirasi oleh filem tersebut, Steve Michaels bersama isterinya Christine telah membangunkan sebuah hotel yang bentuknya dibuat serupa dengan rumah hobbit begitu juga dengan lingkungan sekitarnya dibuat sama seperti tempat tinggal Hobbit si makhluk kecil itu.

Hotel yang juga dinamakan dengan Hobbit ini berada di sebuah lembah terpencil di barat laut Montana, Amerika Serikat. Para pengunjung yang menginap di hotel tersebut akan merasakan suasana seperti berada dalam zaman ‘Middle Earth’. Untuk membangunkanya pun, Steve telah menghabiskan wang sebesar £250.000 atau sekitar RM1.3 juta. Mahu mencuba?.Jika anda ingin menginap di hotel unik tersebut, harga dibuka mulai £149 atau RM670 per malam.

Namun, dengan suasana yang terasa kelainannya wang sebanyak itu akan memberikan kepuasan yang setara dengan harga, kerana hotel unik seperti ini adalah satu-satunya di dunia. Tiap pengunjung juga yang menginap dapat menikmati berbagai kemudahan serba moden yang telah disediakan seperti Television HD Blu-Ray, akses Wi-Fi, FM Radio dan dapur seukuran manusia. Hotel ini meniru eksesori rumah Baggins yang ada dalam novel Tolkien. Untuk mewujudkan hotel hobbit, berbagai peralatan termasuk batang pohon, pintu, dan beberapa rumah peri juga ditanam dalam tanah..Bulan madu mesti best disini..hahaha

No comments:

Post a Comment