Jambatan air Magdeburg adalah saluran air navigasi di Jerman yang menghubungkan Elbe-Havel ke Mittelland dan memungkinkan kapal untuk menyeberang di atas Sungai Elbe setinggi 918 meter. Jambatan air Magdeburg adalah saluran air navigasi terpanjang di dun
Kapal-kapal akan melalui terusan Elbe-Havel dan terusan Mittelland sebelum bertemu di Magdeburg. Sebelum kapal-kapal dari terusan Elbe-Havel menuju terusan Mittelland,kapal-kapal tersebut harus menempuh jalan yang memusing sepanjang 12 kilometer, dan akan turun dari Terusan Mittelland melalui lift air raksasa Rothensee untuk mengangkat perahu menuju Elbe, kemudian berlayar melawan arus.Pelik sungguh laluan kapal dan terusan sungai ini.
Sebelum memasuki terusan Elbe-Havel harus melalui Niegripp Lock. Kadar air surut di Elbe juga sering membuatkan kapal yang sarat muatan kargo tidak dapat menyeberang terusan ini, dan hal ini memakan waktu lebih lama untuk menurunkan muatan kapal.
Pembangunan saluran air ini dimulakan sejak tahun 1930 namun kerana adanya Perang Dunia 2 dan perpecahan Jerman kepada 2 bahagian, projek terusan ini ditunda sampai 1997. Saluran air itu akhirnya selesai dan dibuka untuk umum pada tahun 2003.
No comments:
Post a Comment