Demikian luahan pertama penyerang sensasi negara, Mohd. Safee Sali sebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selangor petang semalam.
Safee menjalani ujian percubaan bersama Cardiff City selama dua minggu di England.
Pemain kelahiran Kajang itu berkata, sepanjang tempoh tersebut, dia menyaksikan satu pendedahan yang amat bagus untuk dirinya sepanjang berada di bumi England.
Jelasnya, segala ilmu yang diperoleh dan dipelajari bersama Cardiff dapat dimanfaatkan sepenuhnya ketika beraksi bersama skuad negara mahupun kelab.
“Saya berharap ada peningkatan (dari segi permainan) walaupun sekadar berada dua minggu (di England) dapat sedikit sebanyak saya membantu untuk pasukan negara mahupun kelab (Pelita Jaya).
“Latihan mereka amat berbeza (jika) dibandingkan di sini (Malaysia). Dari segi kepantasan dan cara berfikir lebih cepat dan saya tidak sabar untuk beraksi (menggunakan ilmu latihan intensif bersama Cardiff) di dalam Piala Sultan Selangor bertemu Singapura nanti,” kata kepada pemberita semalam.
Jelasnya, setelah menjalani latihan insentif bersama skuad bimbingan Malky Mackay, dia berjaya mempamerkan aksi yang positif dan menantikan khabar gembira dari pihak pengurusan Cardiff.
“Selepas latihan dua minggu, saya mengharapkan ada petanda positif dari pihak pengurusan Cardiff dan saya amat berminat untuk bermain di England.
“Apa yang saya lihat, saya mampu bersaing dengan para pemain Eropah di sana dan dari segi latihan, saya tidak mempunyai masalah beraksi mengikuti cuaca di England dan kini, saya hanya menanti khabar gembira atau ada perkembangan positif dari Cardiff.
“Mungkin ia tidak mencukupi kerana saya tidak beraksi dalam aksi persahabatan kerana sekadar mengikuti latihan. Saya mengakui masih tidak puas lagi bermain dan berharap dapat ke sana lagi untuk membuktikan kemampuan saya kepada Cardiff,” ujar pemain yang berusia 27 tahun itu.
Bekas penyerang Selangor memberitahu, dia masih berminat untuk beraksi dengan mana-mana kelab di Eropah atau Australia sekiranya gagal memikat Cardiff.
No comments:
Post a Comment