Keajaiban Tuhan! Kirsty Collier yang mengalami sakit jantung sehingga doktor memutuskan untuk memotong sepertiga jantungnya, ternyata boleh tumbuh semula. Jantung kanak-kanak ini tumbuh semula menggantikan sepertiga jantungnya yang di bedah dulu tanpa menjalani tranplantasi.Kirsty menjalani pembedahan buang 1/3 jantungnya ketika berumur 4 bulan.
semasa berumur 4 bulan..lihat kesan pembedahan
Berbagai risiko yang negatif telah diberitahu doktor kepada ibubapa Kirsty tetapi ternyata anak mereka sihat selepas pembedahan dan tiada gejala yang serius walaupun sudah 10 tahun menjalani pembedahan.Doktor yang memeriksa Kristy juga terkejut kerana saiz jantung yang di buang itu kembali kepada saiz yang normal.
Sepuluh tahun lalu, Kirsty yang berusia 4 bulan di berutahu doktor tidak panjang umur kerana menderita penyakit jantung parah. Kondisi jantungnya tidak sempurna. Pembuluh bilik kiri jantung yang seharusnya mengalirkan darah ke otot jantung, terhubung dengan pembuluh paru-paru tidak ke aorta. Akibatnya, organ itu kekurangan oksigen dan akhirnya membesar.
Berusia 10 tahun..kembali normal seperti kanak-kanak biasa.
Semakin hari kondisi Kristy bertambah serius. Doktor yang menanganinya, Stephen Westaby, mengambil tindakan dengan membuang sepertiga bahagian jantung yang rosak dan tak berfungsi normal di Hospital John Radcliffe, Oxford, England. Ketika itu pembedahan dan membuang jantung rosak sahaja cara untuk pesakit yang menghadapi masalah yang serius.
Kedua ibubapa Kristy gembira kerana anaknya kembali normal dan mempunyai saiz jantung yang normal.
SUMBER : http://www.i-dus.com
No comments:
Post a Comment