Saturday, 3 September 2011

Ibu Terpaksa Kurung Anak Sejak 8 Bulan Lalu


PASIR PUTEH: “Ibu mana yang sanggup mengurung anak seperti dalam penjara, apakan daya, saya terpaksa kerana bimbang dia akan mengamuk dan bertindak ganas,” kata Rokiah Majid, 57, yang terpaksa mengurung anaknya, Tuan Abd Rahman Tuan Daud, 41, dalam sebuah bangsal di belakang rumahnya di Kampung Gong Manak, Cherang Ruku, dekat sini, sejak lapan bulan lalu.


Ibu tunggal itu mendakwa terpaksa berbuat demikian selepas suaminya, Tuan Daud Tuan Kechik, 74, meninggal dunia, Mac lalu akibat sakit tua, selain tidak mampu mengawal anaknya yang menghidap penyakit misteri sejak 20 tahun lalu. 


Bermula detik itu, walaupun dimarahi serta dipandang hina orang ramai kerana tergamak mengurung anak sendiri, Rokiah mengenepikan semua tohmahan itu kerana hanya dirinya lebih mengetahui penderitaan dialami anak sulungnya itu.

Rokiah berkata, sebelum ini, anaknya itu bebas bergerak dan pergerakannya dikawal suaminya.



Malah, katanya, segala kebajikan terutama soal makan minum dan kebersihan diri Tuan Abdul Rahman dijaga olehnya dan suami, namun, kini, tanggungjawab itu terpaksa diuruskannya sendiri.

No comments:

Post a Comment