Friday, 2 September 2011

Guru Wanita Digantung Kerja Selepas Didapati Melakukan Seks Dengan Pembunuh

WARWICKSHIRE - Seorang guru wanita di sebuah penjara di sini digantung perkhidmatan selepas dia didapati merakamkan video seks yang menunjukkannya berasmara dengan seorang pembunuh di dalam penjara Rye Hill, Warwick, lapor sebuah akhbar semalam.


Guru itu, Beverley Van-de-Velde (gambar), 59, merakamkan aksinya bersama seorang banduan yang juga merupakan seorang pembunuh, Richard Francis, 29, di dalam sebuah bilik kakitangan yang mempunyai kawalan keselamatan tinggi.

Beberapa pegawai penjara itu menemui rakaman cakera video digital (DVD) itu yang berdurasi 17 minit selain beratus-ratus surat cinta yang ditulis guru wanita berkenaan kepada Francis.

Namun, Van-de-Velde yang menafikan hubungan tersebut telah dipindah dari penjara Hill Rye, Warwick pada 3 November lalu.

Kekasihnya itu merupakan ketua sebuah kumpulan gengster yang dihukum penjara selama 13 tahun kerana membunuh pada 2002 selepas dia menikam seorang musuhnya di dada pada sambutan tahun baru di Croydon, London Barat.

Guru itu mula menyintai Francis semasa dia mengajarnya kursus kajian media dua tahun lalu.

Tugas Van-de-Velde kini digantung oleh pihak penjara dan majikannya, Kolej Manchester City
.

No comments:

Post a Comment