Friday, 2 September 2011
Guru Dipecat Kerana Bermain Cinta Dengan Pelajar Di Facebook
Sekurang-kurangnya tiga orang guru di sekolah tinggi awam di New York telah dipecat dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini kerana mempunyai hubungan kurang sesuai dengan pelajar menerusi laman sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.
Salah seorang daripada mereka ialah bekas guru seni di sekolah tinggi Fordham di Bronx, Chadwin Reynolds, 37, yang 'berkawan' dengan ramai pelajar perempuan.
Menurut akhbar New York Post, dia pernah menulis komen-komen berbaur seks di bawah beberapa gambar di Facebook.
Menurut satu suruhanjaya siasatan khas sekolah-sekolah di New York, Reynolds juga didakwa cuba memujuk seorang remaja agar keluar bersamanya dengan cara mendapatkan nombor telefon, menghantar bunga, gula-gula dan patung beruang.
Dia bagaimanapun menegaskan bahawa kesnya ditutup setelah Jabatan Pendidikan (DOE) mendapati dakwaan-dakwaan ke atasnya adalah tidak sah.
Namun, DOE mengesahkan Reynolds dipecat kerana skandal tersebut.
Seorang bekas pekerja DOE, Laurie Hirsch pula dipecat pada Mei lalu kerana menjalin hubungan dengan seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun.
Dia meletakkan gambarnya bercium dengan pelajar terbabit yang menyebabkan siasatan dilakukan.
Pelajar itu memberitahu dia telah melakukan hubungan seks sebanyak 10 kali di pangsapuri Hirsch pada tahun lalu. Rekod menunjukkan terdapat 2,700 panggilan telefon dibuat dalam tempoh enam bulan.
Seorang guru lelaki gantian di Manhattan, Stephen D'Andrilli juga didapati 'berkawan' dengan beberapa pelajar perempuan di Akademi Essex Street dan menghantar mesej-mesej yang tidak sepatutnya.
D'Andrilli pernah menghantar mesej kepada seorang pelajarnya bahawa teman lelakinya itu tidak berhak memiliki perempuan yang secantiknya.
Sementara itu, seorang guru di sekolah tinggi La Guardia dikatakan memberi markah lebih kepada pelajar yang 'berkawan' dengannya di Facebook. Dia bagaimanapun tidak dikenakan tindakan
.
Labels:
Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment