Friday, 2 September 2011

Fiza Elite Ajak Suami Rujuk Semula Namun Ditolak


Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Mungkin itu yang boleh dikatakan nasib yang menimpa Fiza Elite apabila diceraikan talak satu oleh suaminya Ahmed Farriq kerana berlaku curang sekitar bulan puasa tahun 2010 bersama ayah kepada seorang pelakon remaja disebuah pusat peranginan di Langkawi dan Pulau Perhentian.
fiza elite
Fiza Elite mengakui ketika berkahwin dulu, tidak membayangkan akan bercerai. Dek kerana terlalu sayangkan rumah tangga, dia sanggup menawarkan diri kepada bekas suami untuk rujuk kembali. Semuanya dilakukan kerana anak-anak.
“Saya pun ada salah tapi nak perbaikinya demi anak. Biarlah muka tebal saya sanggup buat begini demi anak. Tambah pula mereka tak tahu apa-apa. Namun, bekas suami enggan buat begini kerana dia gembira dengan hidupnya.
“Saya tak boleh buat apa-apa biarpun agak kecewa. Lepas bercerai, saya jadi rapat dengan bekas mentua. Dia seronok dengar berita ini, tapi kecewa bila anaknya menolak.
“Saya sedar macam-macam orang bercakap mengenai saya lepas bercerai. Pada saya apa orang nak kata biarlah asalkan periuk nasi saya tak terjejas. Tapi kalau saya pergi mana-mana dan berjumpa golongan mak cik, mereka layan saya dengan baik. Saya lebih selesa berdiam diri dan kalau ada kekasih akan beritahu. Saya tak suka nak berahsia kerana lambat laun orang akan tahu.
“Saya diberitahu bekas suami akan berkahwin pada November ini dan saya minta pada dia supaya jaga anak-anak dengan baik. Walau baik atau buruk, saya tetap emak mereka juga. Saya bagi mereka kasih sayang penuh dan alhamdulillah kami tetap boleh hidup walaupun sederhana,” katanya.
Alasan yang diberi untuk untuk rujuk semula ialah mahu berubah demi anak-anak. Apakan daya, walaupun selepas bercerai dikatakan hubungan Fiza dengan bekas mentua agak baik namun Ahmad Farriq tetap dengan pendiriannya tidak mahu bersatu semula.

No comments:

Post a Comment