Saturday, 24 September 2011
Bekas kekasih minta kembali duit pembedahan perbesarkan payudara
Seorang perempuan di Jerman yang melakukan pembedahan transplan payudara menggunakan wang pinjaman kekasihnya, lalu kini khuatir payudaranya akan hilang kerana tidak mampu membayar hutang. Perempuan berusia 20 tahun yang mengaku bernama Anastasia ini meminjam wang kepada kekasihnya hanya untuk membesarkan payudara.
Kini, bekas teman lelaki mahukan wang sebanyak $5000 yang dipinjam pada tahun 2009 dikembalikan atau dia akan memanggil polis serta melibatkan badan rampasan. “Memang benar Carsten telah menandatangani perjanjian sebelum pembedahan. Perjanjiannya adalah saya tidak perlu membayar semula wang tersebut jika saya masih berkaitan dengannya selama 1 tahun,” ujar Anastasia kepada akhbar Reuters.
Kedua-dua pasangan ini putus hubungan setelah Anastasia melakukan pembedahan. Anastasia mengaku dia baru membayar $1500 kepada bekas teman lelaki minggu lalu.
Labels:
Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment