Saturday, 31 December 2011

Rozita Che Wan Akui Zain Saidin Temaninya Bercuti Di Genting Highlands

Fuh. Hebat sungguh Rozita Che Wan dapat membawa Zain Saidin bercuti dan menemaninya di Genting Highlands bersama anak-anak. Namun bak kata Rozita, mereka sekadar bercuti bersama sempena cuti sekolah dan bukannya kerana dia dan Zain Saidin bercinta.
rozita dan zain
Kata Rozita Che Wan:-

Memang saya pergi ke Genting Highlands bersama Zain tetapi jangan salah anggap pula sebab anak-anak saya pun ikut sama. Kebetulan pula sekarang ini tengah cuti sekolah
Malah Zain Saidin turut menemani anak-anak RCW bermain futsal bersama-sama. Apabila diminta mengulas mengenai perkara ini, Zain berkata komennya adalah sama dengan Rozita Che Wan. Nampaknya mereka berdua masih malu-malu kucing untuk mengakui yang wujudnya hubungan lebih daripada kawan antara mereka. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment