Tuesday, 27 December 2011

Manchester City pecah rekod sejak 1929

Manchester City bakal meraikan Krismas dengan penuh kegembiraan selepas mengekalkan kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dengan membenam Stoke City 3-0, semalam.

Ini merupakan kali pertama kelab Eastlands itu meneraju liga pada perayaan Krismas sejak 1929, terima kasih kepada dua jaringan yang disempurnakan Sergio Aguero dan satu lagi menerusi Adam Johnson.

Bagaimanapun City terus dihambat pencabar terdekat dan juara bertahan, Manchester United yang hanya dipisahkan dengan dua mata selepas membelasah Fulham 5-0 di Craven Cottage.

Prestasi City amat menceriakan Roberto Mancini yang mengakui adalah penting untuk menutup tirai 2011 dengan menghuni tangga teratas liga.

"Buat penyokong, ia adalah perayaan Krismas yang baik. Begitupun, kalau kami hendak menjuarai liga, kami kena mengumpul sekurang-kurangnya 90 mata kerana Manchester United juga terus mencatat kemenangan,'' kata Mancini.

No comments:

Post a Comment