Khinzir Berkepala Dua Dengan Satu Mata
HAIWAN berkepala dua jarang ditemui dan agak pelik bila dilihat dan bukan tergolong dalam kejadian alam yang biasa.
Kita telah melihat keadaan yang dikenali sebagai polycephaly dalam banyak kejadian, termasuk dalam manusia. Beberapa haiwan yang pernah dicatatkan dilahirkan berkepala dua termasuklah lembu, ular, cicak, penyu, anjing, kucing dan ayam.
Perkataan polycephaly berasal daripada dua perkataan Yunani: poli, yang bermaksud "banyak" dan kephala, yang bermaksud "kepala."
Minggu lalu, khinzir berkepala dua dengan satu mata, dilahirkan di ladang babi Xiao Jintu, yang terletak di kawasan yang jauh di Changtai County,Fujian.
Ular Berkepala Dua Hasil Mutasi Gen
"Saya telah memelihara babi selama 15 tahun dan saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini sebelum ini. Kami tahu ada sesuatu yang berbeza kerana kepalanya begitu besar dan kami terpaksa membantu ketika ibunya melahirkan", kata penjaga ladang ternak itu.
"Hanya seekor dari lima ekor anak babi yang dilahirkan itu dan ia belum diberi nama. Keunikannya itu akan menyelamatkannya dari disembelih untuk dimakan apabila dewasa. daripada menjadi makan malam ham seseorang, satu penghormatan bagi haiwan yang bernasib malang ini", tambah pekerja ladang itu lagi.
Khinzir berkepala ini bukan yang pertama yang pernah dilahirkan, tetapi ia adalah kes yang terbaru. Mutasi gen yang menyebabkan terhasilnya keunikkan haiwan ini.
Kura-Kura Berkepala Dua
Sumber: Weird Asia News
No comments:
Post a Comment