Monday, 31 October 2011

Pelik, nyamuk bantu polis berkas pencuri


HELSINKI - Polis Finland berjaya memberkas seorang pencuri hanya dengan menggunakan sampel DNA daripada seekor nyamuk yang ditemui di sebuah kereta yang dicuri suspek.

Kereta itu dijumpai tersadai di Seinaejoki, utara ibu kota Helsinki, dan kebetulan pihak polis menemui seekor nyamuk yang dipercayai mungkin menghisap darah si pencuri itu.

Hasil ujian makmal forensik, pihak berkuasa memadankan daftar DNA seorang lelaki yang pernah ditahan kerana rekod jenayah, menurut inspektor polis Sakari Palomaeki.

"Ini kali pertama polis guna nyamuk sebagai saksi kes dan biarpun dinafikan suspek pihak pendakwa bakal menjadikan darah nyamuk itu sebagai bukti mahkamah," katanya.

No comments:

Post a Comment