HONG KONG - Sebuah pasar raya di Hong Kong menyediakan sebuah kapsul tidur berteknologi tinggi bagi membolehkan orang ramai yang kepenatan tidur sebentar selepas seharian bekerja atau membeli-belah.
Kapsul yang berbentuk seakan-akan kerusi kapal terbang kelas pertama itu direka bagi membantu pengguna berehat selama 20 minit untuk satu sesi.
Pengguna akan dipisahkan daripada kesibukan dan bunyi bising bandar raya Hong Kong serta didodoi dengan pelbagai jenis muzik.
Kapsul tidur itu direka oleh syarikat Metronaps yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan ia pernah diperkenalkan di New York pada 2003.
Pengasas pusat beli-belah Delay No Mall, Benjamin Lau berkata, Hong Kong adalah sebuah bandar raya yang pantas dan ramai penduduk kurang masa untuk berehat.
"Ramai orang tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam kerana terlalu banyak tekanan.
"Kami meletakkan katil itu di pusat beli-belah ini supaya ia dijadikan tempat untuk orang ramai berehat," katanya.
Menurutnya, pengguna hanya perlu membayar sebanyak AS$12 (RM41.60) untuk satu sesi dan pelaburan itu pasti berbaloi.
No comments:
Post a Comment