Friday, 28 October 2011

Bayi mati ketika ibu memandikannya dengan air panas mendidih



Seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun meninggal dunia di rumah ibunya apabila dimandikan dengan pancuran air yang sangat panas dan tidak langsung pernah dibawa untuk mendapatkan sebarang rawatan perubatan.

Kes yang dibicarakan di Nottingham Crown itu menyebut bahawa kanak-kanak tersebut yang bernama Kristiana Logina melecur 10 peratus pada tubuh badannya apabila dia telah dibiarkan mandi dengan keadaan air yang meluap-luap panasnya yang boleh mencapai maksimum 58 darjah celcius.


Ibunya, Eva Logina, 25 tahun dan teman lelakinya, Rashpal Chana yangberusia 49 tahun berkata mereka hanya merawat Kristiana menggunakan krim melecur dan menampalnya dengan pembalut luka tetapi tidak pernah membawanya untuk dirawat oleh pegawai perubatan yang prosfesional.


Mahkamah diberitahu jika mereka membawa Kristiana untuk mendapatkan sebarang rawatan akibar melecur teruk itu, kemungkinan kanak-kanak tersebut dapat diselamatkan.

Kedua-dua dikenakan hukuman bersabit pembunuhan pada 15 Februari tahun lalu di rumah mereka yang berada di Tennel Road, Harborne, Birmingham.

Logina yang kini menukar identitinya sebagai Smethwick juga menghadapi pertuduhan melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak pada tarikh antara 15 Februari 2009 hingga 15 Februari 2010. Bagaimanapun kedua-duanya menafikan semua pertuduhan yang dikenakan terhadap diri mereka.

Pada permulaan perbicaraan mereka pada hari ini, pendakwaraya kes iaitu Timothy Raggatt QC memberitahu juri yang terdiri daripada lima orang wanita dan tujuh orang lelaki yang mana Kristiana telah cedera di antara 10 hari hingga dua minggu sebelum kematiannya dan akhirnya meninggal dunia di unit rawatan intensif pediatrik di Hospital Kanak-Kanak Birmingham.

No comments:

Post a Comment