MANSFIELD - Seorang gadis berusia lima tahun berusaha mencari ibunya dengan memandu kereta keluarga lalu menghubungi polis.
Kereta tersebut sempat berjalan hingga akhirnya masuk ke pekarangan milik tetangganya.
Gadis cilik bernama Ameleah Kegley, akhirnya menghubungi polis dan mengatakan bahawa kereta milik keluarganya mengalami kemalangan. Dia pun mengatakan bahawa ibunya pasti akan sangat marah kepadanya.
Polis mengatakan, pada saat pulang dari sekolah di rumahnya di Mansfield, Ohio, Ameleah tidak menemukan ibunya. Dia pun mencari ibunya.
Khuatir ibunya tidak ada di rumah, Ameleah pun memutuskan untuk mencari sang ibu dengan menggunakan kereta milik ibunya, Lincoln Navigator keluaran tahun 1999.
"Kanak-kanak itu tampaknya mengikuti semuanya apa yang dilihat dari ibunya ketika berada di dalam kereta," ujar petugas polis Ryan Grimshaw, seperti dilansir Orange, Isnin(31/10/2011).
Polis pun akhirnya berhasil menemui orangtua kanak-kanak tersebut yang diketahui sedang berada di hospital kerana keadaan darurat.
Atas kejadian ini polis tidak berniat untuk melayangkan tuntutan terhadap gadis manis itu.(rhs)
No comments:
Post a Comment