Sunday, 30 October 2011

Pelik! Lepas sakit kepala wanita ini tiba-tiba tahu cakap bahasa perancis



LONDON - Seorang wanita dari sebuah kampung di barat daya England menyatakan dia mula bercakap dalam loghat Perancis selepas berulang kali diserang sakit kepala yang teruk.

Keadaan yang menimpa wanita itu dipercayai berlaku akibat sejenis sindrom ganjil yang menurut pakar-pakar saraf akan menyebabkan penduduk tempatan bertutur dalam loghat asing.

Wanita berkenaan, Kay Russell (gambar) berkata, suaranya menjadi semakin serak dan gaya pertuturannya berubah menyebabkan dia dipinggirkan orang ramai.
Wanita berusia 49 tahun itu memberitahu Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa perubahan yang menimpa dirinya bukan sahaja pertuturannya berubah tetapi turut menjejaskan kehidupannya.

Kisah ganjil yang menimpa wanita tersebut akan disiarkan BBC pada minggu ini

No comments:

Post a Comment