Lisa mengakui pengalaman mengajar membuatkan beliau lebih menghormati profesion guru. Banyak cabaran terpaksa ditempuhi mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar.
Baru-baru ini, Lisa dan Yusry telah meluangkan masa selama sejam mengajar di dua buah kelas tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Pendamaran Jaya, Klang. Lisa telah mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris.
Mereka dijadualkan akan mengajar di sekolah kawasan Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling Perdana dan Hulu Langat di Selangor; Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur; dan Tampin, Jelebu serta Kuala Pilah di Negeri Sembilan.
TFM adalah sebuah badan bebas bukan mencari keuntungan yang menyenaraikan bakal pemimpin masa depan Malaysia paling menyerlah dalam misinya untuk menghapuskan keadaan tidak saksama dalam bidang pendidikan.
aiyoo..cool dia ni :D
ReplyDelete