Tuesday, 24 April 2012

Elak Namakan Anak Mengikut Surah al-Quran


Dipetik dari sesi soal jawab agama Harian Metro:

SAYA ingin menamakan anak saya mengikut nama dalam surah al-Quran contoh­nya seperti An-Nur, An-Nisa’ dan An-Najmi. Adakah ia sama seperti menamakan anak dengan 99 Nama Allah seperti Karim dan Latif? Apakah hukumnya berbuat demikian kerana saya ada membaca yang nama itu mempunyai maksud yang baik.


Jawapan:
ANAK adalah kurniaan Allah kepada setiap pasangan yang menjadi pe­nyambung zuriat mereka di dunia ini. Islam menyuruh ibu bapa menamakan anak dengan nama yang baik.

Nama yang dipilih turut mempengaruhi peribadi anak. Antara nama yang baik ialah nama nabi dan rasul dan orang salih. Begitu juga dengan nama Allah dengan ditambah pada pangkalnya ‘Abd bermaksud ‘hamba’ seperti Abdullah (Hamba Allah).

Memilih nama daripada surah tertentu di dalam al-Quran diharuskan seperti nama nabi termasuk Yunus, Yusuf, Ibrahim dan Luqman manakala bagi perempuan seperti nama Maryam.

Bagaimanapun, penggunaan ‘al-’ pada permulaan nama seperti ‘al-Nur’ atau ‘al-Rahman’ seperti nama surah dalam al-Quran wajar dielak kerana ia adalah nama khusus dan ada juga terkandung nama Allah.

Nama seperti al-Nisa’ boleh digunakan seperti Khairunnisa’ atau Nisa’.


*semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment