Wednesday, 11 April 2012

Bosan Terlalu Lama Hidup, Nenek 105 Tahun Gantung Diri

Tragis : Anastasia Khoreva bunuh diri pada usianya yang ke-105

Mendapatkan umur yang panjang, apatah lagi boleh mencapai usia lebih dari seratus tahun tentunya tidak terjadi pada semua orang. Namun ternyata tidak semua yang bahagia mempunyai usia yang panjang.
Seperti yang berlaku di Rusia, di mana seorang nenek berusia lebih dari seabad memutuskan untuk mengakhiri hidupnya kerana 'bosan' terlalu lama menunggu waktu kematiannya.

Anastasia Khoreva, seorang pesara yang telah berusia 105 tahun, memutuskan untuk gantung diri setelah mengatakan kepada keluarganya bahawa Ia sudah lelah menunggu kematiannya.
Menurut para rakan dan kerabat, Anastasia mengalami kemurungan setelah mengetahui ia terkena jangkitan paru-paru.

TheSun menulis, sebelum melakukan aksi bunuh diri Anastasia lebih dulu menunggu sehingga keluargannya meninggalkan rumah sebelum menggunakan pakaian sebagai jerat sementara Ia berada di bilik tidurnya.
Nenek dari Darsun, Rusia, tersebut telah hidup melalui Revolusi Rusia, dua perang dunia dan pelaksanaan massa oleh si zalim komunis, Joseph Stalin.

"Ini bukan sesuatu yang aneh untuk dilakukan pada usianya ketika ini. Tapi Anastasia sering mengatakan bahawa dia muak menunggu kematiannya sehingga dia ingin pergi dan 'bertemu' dengan itu (kematian). "Tutur salah seorang tetangga.

Seorang anggota keluarga Anastasia menambah: "Dia pernah sekali cuba membunuh diri sebelum berkata ia sudah tidak tahan terus hidup, tapi waktu itu kami berjaya menghentikannya. Namun, kali ini kami tidak begitu berjaya. sumber-thesun-

No comments:

Post a Comment