Setelah terlibat pergaduhan dengan lelaki yang dituduh memukul keretanya dalam kemalangan langgar lari, ketika ini Lindsay Lohan dikenakan tuduhan baru. Seperti dipetik laman sebuah akhbar luar negara, seorang bintang porno mengaku di sebuah acara radio telah berhubungan seks dengan pelakon berusia 25 tahun itu.
Alex Torres mengaku melakukan malam ghairah itu ketika ayah Lindsay berada di rumah. Lelaki yang terkenal dengan panggilan Voodoo itu tampil di acara The Jim Richards pada program Newstalk 1010 di Toronto.
Ketika Richards meminta pendapat Torres mengenai Michael Lohan, bintang porno itu berkata,"Tanyakan kepada Michael apakah dia tahu tentang kejadian pada malam hari saya bersama anaknya ditingkat atas rumahnya."
Torres juga menambah bahawa Lindsay Lohan telah membayarnya diatas hubungan seks itu dan ramai juga selebriti Hollywood turut menggunakannya dengan harga tinggi.
Hal ini bukan pertama kalinya pelakon porno itu mengundang kontroversi. Dia pernah dipecat dari pekerjaan part time sebagai instruktur payung terjun pada Oktober tahun lalu kerana menggunakan fasiliti penerbangan untuk membuat rakaman seks.
Nampaknya tuduhan ini juga dibuat kerana Lindsay dikhabarkan menjalin hubungan dengan fotografer Terry Richardson.
Sumber
No comments:
Post a Comment