Fesyen dan artis memang tidak boleh dipisahkan. Oleh sebab itu setiap artis perlu bijak menjaga penampilan agar tidak menjadi bahan umpatan. Selain perlu tampil menawan, artis juga perlu mengambil kira tatasusila kerana bukan budaya masyarakat Malaysia berpakaian menjolok mata. Selain itu, ada juga sebilangan artis yang kurang bijak memilih pakaian ketika menghadiri acara karpet merah sesebuah acara hiburan. Bukan sahaja tidak mengikuti tema pakaian yang ditetapkan, malah nampak tidak cocok dengan tubuh badan. Di sini sy senaraikan lima orang artis yang berpakaian jelek untuk tahun 2011.
1) Miera Lieyana
Teman wanita Shah Jazsle ini membuatkan banyak mata terbeliak ketika dia menghadiri Malam Gala Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 anjuran Rafflesia Mandalay pada Mac lalu. Apa tidaknya, gaun rekaan Wan Huzairil ini jelas mendedahkan bahagian sisi payudaranya. Malah, turut kelihatan alas payudara yang dipakai oleh Miera. Apabila ditanya tentang pakaiannya itu, Miera mengatakan dia memilih gaun itu untuk tampil berbeza. Bahkan, pelakon berusia 18 tahun ini dengan selamba berkata, nampak sedikit sahaja. Walau apa pun alasan Miera, sy tetap berpendapat gaun ini tidak seharusnya digayakan oleh Miera atau mana-mana artis lain. Ia terlalu menjolok mata!
2) Fasha Sandha
Nampaknya Fasha Sandha melakukan kesilapan besar dalam berpakaian pada tahun ini. Selepas sunyi daripada sebarang gosip panas buat seketika, ratu drama bersiri ini mencipta kontroversi apabila dia tampil separuh terdedah dalam majlis pelancaran Majalah Lisa pada 10 November lalu. sy tidak boleh menjangka apa yang bermain di fikiran Fasha ketika dia memilih gaun berwarna jingga ini. Hendak katakan rekaannya eksklusif, sy perhatikan biasa-biasa sahaja. Daya penarik gaun ini hanya terletak pada bahagian belakangnya yang terdedah sehingga ke pinggang. Mungkin Fasha terlalu memuja bentuk badannya sendiri! Kalau diamati betul-betul, Fasha sebenarnya kelihatan berisi dalam gaun ini!
3) Amanda Amani
Pada acara karpet merah Anugerah Skrin 2011 lalu, penyanyi sedang meningkat naik ini membuatkan sy sedikit hairan kerana tampil santai dengan gaun pendek berwarna kelabu. Sudahlah tidak mengikut tema ‘Golden Glamour’, pakaian yang digayakan oleh Amanda ini memang tidak layak dibawa ke acara karpet merah. Memanglah acara itu bukan untuk golongan penyanyi, tetapi tiada salahnya kalau Amanda tampil lebih bergaya. Gaun kelabu ini sy katakan jelek kerana ia membuatkan Amanda kelihatan lebih berisi.
4) Nor Syuhada @ Dottie
Gaun dan fesyen rambut yang digayakan oleh Dottie untuk acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 pada Mac lalu memang menyakitkan mata kerana tidak cocok dengan personalitinya. Malah, penampilannya nampak suram kerana warna pakaian yang tidak menyerlah. Malah, motif bunga-bungaan pada gaun ini membuatkan Dottie kelihatan sarat. Sudahlah begitu, fesyen rambut yang digayakan juga nampak pelik. Senang cakap, macam sarang tebuan. Nampaknya, masih banyak yang perlu Dottie pelajari dalam berpakaian.
5) Allana Amir
Anda kenal dengan pelakon ini? Kalau tidak biar sy perkenalkan dahulu. Allana adalah pelakon yang membintangi drama bersiri Ahmad Albob Yang Punya yang disiarkan di TV3 pada Mei lalu. Dalam drama ini, Allana membawakan watak Ayu Raihana, seorang gadis yang sering dibuli. Jadi, mengapa Allana termasuk dalam senarai ini? Cuba lihat penampilan Allana ketika menghadiri malam kemuncak Anugerah Skrin 2011 pada 4 November lalu. Setuju atau tidak kalau sy katakan fesyen Allana sangat-sangat tidak sesuai dengan susuk tubuhnya yang langsing. Selain potongannya yang gedoboh, baju ini juga tidak ada sebarang perincian yang menyerlah. Terlalu polos sehingga kehadiran Allana kurang disedari.
sumber
No comments:
Post a Comment