Sunday, 31 July 2011

2 Beranak Miskin Rugi RM24 Juta

Kejadian berlaku di utah, USA bila seorang ibu dan anak yang hidup melarat dan mengalami masalah kewangan yang serius telah memenangi sebuah loteri dengan hadiah yang mencecar RM24 juta ringgit, kerana menyedari betapa bernilainya kemenanan tersebut kepada mereka yang hidup melarat, dua beranak ini telah memutuskan untuk membeli sebuah Peti keselamatan yang kalis api untuk melindungi tiket loteri tersebut. 

Untuk menuntut hadiah kemenanagan tersebut dua beranak ini telah memandu sejauh hampir 500 kilometer untuk menyerahkan tiket tersebut di ibu pejabat Syarikat Loteri tersebut. Sebaik sahaja tiba di pejabat loteri tersebut, dua beranak ini menyedari yang mereka telah kehilangan tiket tersebut kerana Peti Keselamatan yang melindungi tiket tersebut telah ghaib dari dalam bonet kereta mereka. Sebenarnya lantai di dalam kereta usang yang mereka gunakan telah runtuh semasa dalam perjalanan dan menghilangkan tiket loteri yang telah di over protect itu.. 

Lantai yang reput itu di lindungi oleh karpet menyebabkan mereka tidak sedar yang lantai itu terlalu usang. Dua beranak ini menangis selama sejam di atas jalan raya di hadapan ibu pejabat loteri namun tidak ada apa yang dapat pihak pengurusan loteri dapat lakukan... kesiann...




Lantai reput yang melenyapkan tiket RM24 juta
Kereta yang banyak berjasa pada 2 beranak ini

No comments:

Post a Comment