Friday 28 October 2011

Ibu mati dilanggar tren ketika mahu selamatkan anaknya


Seorang ibu telah terbunuh selepas kereta sorong bayinya terperangkap pada landasan kereta api malam tadi tetapi berjaya untuk menyelamatkan anaknya disaat-saat akhir dengan menolak keluar kereta sorong anaknya daripada jalan.

Wanita yang belum lagi dikenal pasti itu, menghadapi kejadian ngeri dalam percubaan menyelamatkan anak perempuannya yang berusia dua tahun ketika sebuah tren komuter Metrolink di Southern California menuju ke arah mereka.

Pada saat akhir keberaniannya, dia berjaya membebaskan anaknya tetapi tidak punya masa yang cukup untuk mendapatkan dirinya keluar dari landasan tren tersebut.




'Apa yang saya lakukan adalah mendapatkan bayi tersebut yang berada di ruang pejalan kaki', katanya kepada KTLA. 'Kerana saya tidak mahu dia dilanggar oleh kereta lain.

'Saya terfikir, dia datang dari mana?. Adakah dia ter jatuh dari kereta api?. Tetapi tidak, rupanya ibunya telah dilanggar tren.

'Dia mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan bayinya. Penumpang berkata tren yang bergerak dari Oceanside ke San Bernardino berhenti selepas perlanggaran itu terjadi dan menghubungi pegawai penyiasat.

Joseph Avila memberitahu TV Kcal, mereka telah diberitahu apa yang telah berlaku oleh konduktor tren. 'Mungkin kira-kira 45 minit selepas apa yang berlaku, beliau akhirnya memberitahu kami bahawa seorang wanita dan bayi telah dilanggar, "katanya. Pihak polis dan pegawai-pegawai kereta api terus melakukan sisatan mengenai perlanggaran itu.

Seramai 50 orang penumpang yang berada di tren tersebut tidak mengalami apa-apa kecederaan.

No comments:

Post a Comment