Telur yang dimiliki Saleh Lasing, penduduk Desa Tende, Kecamatan Galang, Tolitoli, itu kini menjadi perhatian penduduk di sekeliling.
Saleh, menceritakan saat hendak melaksanakan solat Maghrib, dia dikejutkan dengan suara ayam berkokok di dalam bilik tidurnya.
Setelah ditengok, Saleh terkejut kerana mendapati ada seekor ayam di atas tempat tidurnya. Tidak lama kemudian Saleh melihat ayam tersebut mengeluarkan beberapa biji telur ayam. Namun salah satu daripadanya berbeza dibandingkan dengan yang lain, ia mempunyai ekor di hujungnya.
Kerana dianggap unik, bapa kepada dua anak ini menyimpan telur tersebut dalam bekas untuk dijadikan sebagai pameran di dalam rumahnya. Saleh tidak berniat untuk menjual telur itu walaupun menerima banyak tawaran.

No comments:
Post a Comment