Kiriman pesanan gurauan pancake di Facebook kepada teman wanitanya yang hamil, telah menggugurkan dakwaan ke atas seorang remaja dan mengelakkannya dari tinggal bertahun-tahun di dalam penjara kerana dakwaan rompakan yang tidak beliau lakukan, laporNew York Post.
Pendakwa raya mengugurkan tuduhan rompakan ke atas Rodney Bradford, 19, setelah meneliti akaun Facebooknya yang dikemaskini dengan jenaka dalam "MANA SAYA PUNYA IHOP (International House of Pancakes)?"
Kiriman itu dihantar daripada sebuah komputer dari pangsapuri ayahnya di Harlem,Manhattan kira-kira satu minit sebelum kejadian rompakan pada Oktober 17 oleh dua lelaki di sebuah bangunan pangsapuri perumahan awam di Brooklyn.
"Mereka tahan saya di Rikers Island selama 12 hari. Ia betul-betul sangat merisaukan," katanya. Rikers Island adalah sebuah penjara di New York City.
"Jika bukan kerana Facebook, sudah tentu saya masih di Rikers Island."
Ibunya yang gembira dengan keputusan ini, Ernestine Bradford berkata: "Facebook telah menyelamatkan anak lelaki saya."
Sumber : Nypost

No comments:
Post a Comment